Kumpulan Antarabangsa: Yusuf Qardawi, Presiden persatuan ulamak muslimin dunia, yang dikenali sekarang dengan ulamak fitnah, sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan yang tidak rasional dan berat sebelah terhadap Hizbullah dan Alawiyin Syria Dan Iran.
Menurut laporan laman berita Al-Jazeera, Sheikh Yusuf Qardhawi yang hadir di majlis yang dinamakan “ Bersama-sama Rakyat Syria” di Doha, Qatar, menyifatkan Hizbullah sebagai ketua Hizbu Syaitan dan penolong thagut,dan mendakwa: “ Revolusi Syria telah menunjukkan hakikat sebenar Hizbullah dan pengikut-pengikutnya yang mana syaitan telah meliputi mereka, dan mereka melupakan Allah.”
Dalam kenyataan berat sebelahnya terhadap Alawiyin, dia berkata: “ Alawiyin lebih kafir dari yahudi dan kristian.” Dan dia juga menggesa supaya muslimin seluruh dunia untuk datang ke daerah Al-Qasir dan berperang dengan Hizbullah.
Sheikh Qardhawi yang mengeluarkan kenyataan ini untuk berkhidmat kepada Amerika dan pemerintah-pemerintah ala barat berkata: “Orang-orang Syiah mengeluarkan duit-duit mereka untuk membunuh masyarakat sunni secara beramai-ramai.”
Kenyataan ini dikeluarkan sedangkan masyarakat Syria kehilangan rumah kerana keganasan yang dilakukan kumpulan pengganas, dan untuk mencapai tujuan mereka, kumpulan ini menyerang semua penduduk tidak kira sunni atau syiah.
Qardhawi yang dikenali dengan “Sheikh fitnah”, sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan keatas Hizbullah dan berterima kasih kepada Amerika kerana menolong kumpulan pengganas dan anti Bashar Al-Assad.
1236602